Selasa, 12 Mei 2009

Kolej Matrikulasi KPM


Sewaktu Minggu Pengurusan Pelajar Baru Kmns 2008


Nota: Sila rujuk catatan dibawah (nota kaki) bagi mendapatkan maklumat yang lebih terbaru.

Artikel ini berkaitan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Pertamanya, tahniah buat sesiapa sahaja yang terpilih melanjutkan pelajaran ke program matrikulasi KPM. Bagi yang belum mendapat keputusan, banyakkan berdoa. Jika ada rezeki, insya Allah dapatlah sertai.

Program Matrikulasi KPM kini wujud dalam dua pecahan program iaitu Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT). Bagi pelajar PST, mereka boleh memohon untuk memilih jurusan mana yang diingini, sama ada Sains Hayat mahupun Sains Fizik. Tapi bagi pelajar yang mengambil jurusan Perakaunan, anda tetap pada jurusan tu kerana sangat berbeda apa yang terdapat pada pelajar lulusan perakaunan dan jurusan sains.

Persediaan

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah silibus yang dipelajari sewaktu di matrikulasi KPM, buku apa yang perlu disediakan, pakaian apa yang perlu dibawa dan pelbagai lagi persoalan.

Sebagai ringkasan, pelajar matrikulasi menggunakan pakaian kemeja, tali leher, seluar hitam dan kasut hitam untuk ke kuliah dan tutorial. Bagi wanita pula, digalakkan berbaju kurung.Terdapat juga aktiviti kokurikulum dan sudah tentulah memerlukan pakaian sukan. Kesemua pakaian bagi wanita perlulah menutup aurat, tidak ketat dan tidak jarang kerana ia bukanlah peraturan Matrikulasi, tapi hukum Allah.

Buku-buku pula, tidaklah perlu terlalu awal untuk mencarinya. Dapatkan nasihat dari pensyarah terlebih dahulu lebih baik. Di Matrikulasi KPM, subjek wajib bagi pelajar Sains adalah Bahasa Inggeris, Matematik, Kimia, Pendidikan Islam, Dinamika Kemahiran, dan Kokurikulum. Yang bebeda bagi pelajar Sains Hayat dan Sains Fizik adalah subjek Biologi dan Fizik sahaja. Bagi pelajar perakaunan, saya kurang arif mengenai subjek-subjeknya.

Minggu Pertama

Minggu pertama merupakan minggu yang memenatkan. Sebabnya, pelajar akan menempuhi Minggu Pengurusan Pelajar Baru. Aktiviti ini akan dipimpin oleh fasilitator-fasilitator yang merupakan bekas lulusan Matrikulasi tersebut. Pelajar akan didedahkan dengan cara pembelajaran, dan pengurusan diri sepanjang di Matrik.

Salah satu aktiviti kokurikulum : Pertandingan Kawad Kaki KMNS 2008 


Pembelajaran

Subjek yang wajib diambil dan mempengaruhi pointer sebenarnya hanyalah tiga iaitu Matematik, Kimia dan Biologi/Fizik (bergantuk aliran apa). Subjek yang lain itu, pelajar hanya perlu lulus, dan untuk lulus adalah sangat mudah. Jarang ada yang gagal.

Pada setiap minggu, terdapat kuliah, tutorial dan juga lab. Kuliah merupakan sesi mendapat apa yang diajar. Tutorial, sesi untuk menyelesaikan soalan dengan berdasarkan input daripada kuliah dan Lab pula untuk membuat eksperimen.

Bagi lepasan SPM, perkara yang sering mereka fikirkan adalah, “aku nak jadi apa eh? Doktor macam mana eh? Kalau Farmasi?”. Bagi saya, yang perlu anda fikir hanyalah aliran ataupun bidang apa yang sesuai untuk anda. Kerana selepas memasuki matrikulasi, anda perlu memilih jurusan bagi di peringkat universiti pula. Saat itulah yang paling penting.

Selepas tamat Matrik, anda perlu mengisi borang kemasukan ke Universiti. Pemilihan akan dibuat berdasarkan keputusan anda secara purata dari kedua-dua semester di Matrikulasi. Jika pointer hanyalah 3 dan kebawah, peluang untuk memilih jurusan yang best amatlah tipis. Sekurang-kurangnya, usahalah untuk dapat 3.60 atau 3.70 ke atas. Tapi bagi setiap jurusan, ia bergantung kepada persaingan dan bilangan kerusi yang tersedia. Jurusan-jurusan yang kritikal adalah Kedokteran, Pergigian, dan Farmasi bagi pelajar Sains Hayat. Bagi jurusan tersebut, nilai minimum mungkin antara 3.90 keatas.

Di kebanyakan kolej, setiap bilik akan ditempatkan 4 orang pelajar secara random. Elaun juga tersedia dan tak silap saya berjumlah lebih 1000 ringgit untuk satu semester. Tempoh untuk setiap semester hanyalah 5 bulan sahaja.

Itu sahaja sedikit perkongsian. Bagi yang akan memasuki matrikulasi, selamat berjaya. Jangan lupa, selalulah datang mengimarahkan surau ye.

Tujuan menulis artikel ni kerana ketika hendak masuk matrik dulu, banyak cari maklumat dari internet tentang matrikulasi. Tapi tak dapat. Jadi ini hanya perkongsian. Sebarang soalan, silakan.

-------
[1] Catatan ini merupakan edisi 2009. Saya telah melakukan penambah-baikan. Sila rujuk- artikel (Kemaskini) Kolej Matrikulasi KPM

1 maklum balas:

Tanpa Nama berkata...

saya ditawarkan di kmj....
dalam aliran sains(pst)...
saya nak tanye adakah lulusan diploma lbih dikejar u brbnding ngan dak matrik nie??
adakah preasure kt matrik nie??

 
"Perjuangan hidupku, Hanya memburu cita yang satu, Dan kebahagiaan, Akan kuburu walau di mana, Walaupun sengsara, Putus asa tiada sekali, Kerna ia adalah, Keredhaan dari Tuhanku, Jikalah Islam di puncak tinggi, Akan kuterus jua mendaki, Jika ia di hujung dunia, Kerna Islam kuterus berjuang,"